Webinar Siri 18: Algoritma & Kita: Bagaimana AI Kawal Apa Kita Tengok?
2 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 1 Ogos 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar NADI X Cyberecurity 2026 Algoritma & Kita: Bagaimana AI Kawal Apa Kita Tengok? . Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 jam , bermula pada 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Webinar ini menerangkan bagaimana algoritma kecerdasan buatan (AI) menentukan kandungan yang dipaparkan kepada pengguna berdasarkan minat, carian, tontonan dan interaksi harian melalui telefon pintar serta platform digital. AI bukan sahaja membentuk paparan berita dan video, malah mempengaruhi iklan dalam talian yang diterima mengikut tingkah laku pengguna. Peserta turut didedahkan kepada kesan filter bubble, iaitu keadaan apabila pengguna hanya melihat kandungan yang selari dengan minat atau pandangan sendiri. Oleh itu, pengguna perlu mengamalkan literasi digital, menyemak kesahihan maklumat daripada pelbagai sumber, mengurus tetapan privasi serta menggunakan media sosial secara bijak agar tidak mudah dipengaruhi oleh algoritma dan iklan yang diperibadikan.
Webinar ini dilihat mampu memberi pendedahan awal kepada kemahiran serta ilmu berkaitan literasi digital dan kompetensi keselamatan siber. Mendapat ilmu terus daripada pakar industri dan tokoh akademik yang diperakui. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: